IBU ANAK SATU JUARA PENCARIAN MODEL FAREEDA KOSMO 2010 - AKHBAR KOSMO


KANAN... Norazaliah Ramli (kanan) memenangi tempat pertama manakala Norlizawaty Baharin tempat kedua.
SHAH ALAM – Seorang ibu anak satu, Norazaliah Ramli, 26, mengetepikan 30 peserta Pencarian Model Tudung Fareeda apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan yang berakhir di Plaza Shah Alam semalam.
Dengan kemenangan itu, Norazaliah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Perdana Menteri membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, 15 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 dan trofi.
Beliau yang berasal dari Paka, Terengganu juga dilantik menjadi model tudung Fareeda.
Sementara itu, tempat kedua dirangkul seorang guru Sains dan Biologi Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya, Norlizawaty Baharin. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000.

SAINGAN SENGIT MODEL FAREEDA KOSMO 2010 - AKHBAR KOSMO


SEBAHAGIAN daripada 31 finalis Pencarian Model Tudung Fareeda bersedia untuk sesi akhir latihan di Plaza Masalam, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Plaza Masalam di sini hari ini akan menjadi medan persaingan sengit 31 orang wanita yang mengidamkan kejuaraan sempena acara final pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda.
Apa yang menarik, barisan finalis pertandingan itu bukan sekadar gadis jelita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan tetapi juga wanita yang sarat hamil.
Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon akhir yang berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung.
Katanya, peserta berusia antara 20 hingga 40 tahun itu mempunyai penampilan wajah Melayu serta campuran Arab.
“Kesemua peserta cantik-cantik belaka dan ia mungkin memberi saingan sengit kepada para juri untuk memilih siapa paling layak bergelar juara,’’ katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertandingan itu semalam.
Peserta akan diadili sepenuhnya oleh barisan lima panel juri termasuk dari Fareeda House of Scarf dan Kumpulan Utusan selaku penganjur.
Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 15 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 sementara hadiah kedua berupa wang tunai RM2,000 dan 10 helai tudung bernilai RM1,000.
Tiada pemenang untuk tempat ketiga tetapi tiga hadiah sagu hati akan diberikan berupa wang tunai RM500 dan lima helai tudung bernilai RM500 setiap seorang.
Seorang peserta, Siti Nazira Abdul Aziz, 28, bertekad memberikan persembahan terbaik walaupun sarat mengandung tujuh bulan.
Suri rumah dari Klang itu sangat berminat dalam bidang peragaan dan begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan itu.
“Keadaan badan yang tengah sarat mengandung ini menjadikan penampilan saya unik berbanding orang lain,’’ katanya.
Pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Aida Adilah Al-Bakri Mustafa Al-Bakri, 22, pula sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencuba nasib.
“Ibu, ayah, dua adik dan kawan rapat saya pun datang untuk beri sokongan,” jelasnya.

BERITA TV1 Pilih FAREEDA

FAREEDA mengucapkan terima kasih pada pihak RTM dalam pemilihan ini. Diharap kerjasama FAREEDA dengan RTM untuk penjenamaan semula BERITA TV1 tercapai matlamatnya.

FAREEDA Pilihan Penyampai Berita BERNAMA TV


 
 
Penyampai berita Bernama TV, Nur Nazirah Naziruddin menggayakan tudung FAREEDA.

FAREEDA dalam APA KATA WANITA bersama ZAMZARINA



Terima kasih dari team FAREEDA kepada penerbit dan krew rancangan Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina terbitan RTM pada 16 Jan 2010 yang lalu kerana telah mengundang FAREEDA sebagai tetamu.

FAREEDA Inspirasi Gaya Hidup Moden - Majalah INTREND


Berkeyakinan dan menawan dengan tudung FAREEDA

Penampilan anda tidak sempurna tanpa tudung FAREEDA

Hari-hari indah anda dengan tudung FAREEDA

FAREEDA pilihan wanita urban masakini

FAREEDA Pelengkap Wanita Masa Kini- Majalah DARA


Gayakan tudung FAREEDA bercorak atau rona warna yang mempesonakan untuk tampil lebih menawan.

Dengan FAREEDA Anda Masih Kekal Ranggi - Utusan Malaysia


Dengan FAREEDA, anda nampak elegan dan cantik dipandang. Masih kekal ranggi walaupun bertudung.

FAREEDA Serlahkan Keayuan Wanita Berhijab - HARMONI


Berhijab dan tampil bergaya?.. Koleksi tudung FAREEDA menjadi pilihan dengan pelbagai corak dan rekaan terkini.


FAREEDA Bangkit Aura Pemakai Tudung - Metro



FAREEDA..Dengan elemen corak, warna, kemasan dan jenis fabrik, mampu serlah keanggunan bertudung



Variasi Tudung FAREEDA di akhbar KOSMO


Dengan tudung FAREEDA, pengguna boleh memilih sama ada tudung bercorak, dwiwarna, warna ceria atau batik untuk penampilan yang ranggi dan funky.

FAREEDA di TV1 sempena Ramadhan


Sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia, TV1 RTM akan menayangkan rancangan bersama pengasas tudung FAREEDA, Puan Faridah Zakaria (gambar diatas)

Dalam rancangan itu nanti, penonton akan disajikan dengan cara pembikinan tudung FAREEDA serta temuramah dengan pengasasnya sendiri Puan Faridah.

Pihak FAREEDA mengucapkan berbanyak terima kasih pada pihak RTM diatas penerbitan rancangan ini.



FAREEDA cover MEGA UTUSAN MALAYSIA

Sempena setahun FAREEDA ikuti kisah suka duka pengasas Puan Faridah bersama wartawan Utusan Malaysia, Sadatul Mahiran Rosli dalam membangunkan jenama tudung buatannya sendiri yang kini laris dipasaran.

Pihak FAREEDA mengucapkan berbanyak terima kasih pada beliau dalam membantu kami dari mula kami bertapak dalam bidang ini.









Lagi FAREEDA merentasi UK dan Qatar di Utusan Online

Gaya FAREEDA dengan Finalis Covergirl NUR-SAFI

Yakin dan Anggun.. Itulah yang dapat digambarkan untuk semua covergirl NUR-SAFI ketika sesi fotografi dengan tudung FAREEDA.

Tudung FAREEDA didalam majalah NUR Ogos 2009 kini dalam pasaran.





FAREEDA dalam majalah Intrend

Tudung FAREEDA..Tudung Impian Para Muslimah Moden. Dalam majalah Intrend Ogos 2009. Artikel ini adalah hasil usaha sendiri pihak anggunboutique.blogspot.com. Pihak FAREEDA mengucapkan berbanyak terima kasih.

Moga kerjasama kita akan terus menjadikan jenama FAREEDA tudung ekslusif nombor 1 di Malaysia.


FAREEDA dalam INTREND terbitan RTM




Intrend sebuah rancangan terbitan RTM telah membuat pengambaran tentang tudung FAREEDA. Semua tudung ekslusif telah menjadi pilihan penerbit Intrend untuk disiarkan dalam rancangan itu nanti.

Kelihatan gambar diatas krew RTM rancangan Intrend sedang sibuk membuat pengambaran.

Terima kasih dari pihak FAREEDA untuk semua yang terlibat. Moga rancangan Intrend terus sukses!

FAREEDA taja GADIS MELAYU





Gadis Melayu musim terbaru, terbitan TV9, telah memilih tudung FAREEDA sebagai tudung rasmi peserta yang bertudung dalam rancangan tersebut.

Gambar diatas dirakam ketika sesi fotografi di studio TV9.

Tunggu kemunculan Gadis Melayu musim terbaru hanya di TV9.